domain ws

nuff

Friday, March 21, 2008

kelakar

Cerita 1>>>> Pak kasim seorang yg tamak harta..

Dia menawarkan anak dara suntinya yg>> cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la>> seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup>> sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari>> berkahwin..>> seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..>> pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah..>> sbb sebelum ini dia tak pernah solat.>>>> Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..>> abg tak penah solat ni">> "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik>> perlahan..>> Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim>> takbir..>> seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah>> alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca>> bismillah dengan lantang..."bismillahirrahmanirrahim...">>>> Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je>> yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus>> membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn>> kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.>>>> pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat>> seman.>> seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak>> kasim.>> "ish! gila ke menantu aku ni??">>>> Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut>> berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan>> diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.>> Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba>> pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut>> menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.>>>> Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.>> "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?">> "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena>> berlari..">>>> (huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)

>>>> Cerita 2>> Solat Subuh

>>>> Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie>> boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.>> Ngurat-punya-ngurat>> tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih>> sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak>> Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas>> ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.>> Biasalah malamnya agak>> lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah>> lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah>> masuk tidurnya.>>>> Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya>> Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua>> isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap>> untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak>> sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan>> awal oleh isterinya Minah.>>>> Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika>> ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah>> solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji>> Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh>> tiga rakaat?">> lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup>> empat rakaat tadi...">>>> Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu>> malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang>> subuh! Kantoi..kantoi...>>

No comments: