Sunday, February 19, 2012

Hari ini

Aku dipagi cuti ini selalunya berada dirumah sahaja,melakukan hal-hal yang seperti biasa aku lakukan,kekadang aku membantu isteri memasak,melihat-lihat buka kerja anak-anak,dan hari ini juga aku perlu menghantar anak kedua aku pergi menjalani latihan teakwando di sekolahnya dari jam 1 tengahari hingga 2.30 petang. Anakku amat teruja untuk pergi ke kelas latihan teakwando.Dia amat gembira sekali, manakala abang nya berada dirumah bersama ibunya melakukan kerja sekolah yang diberi oleh guru kelasnya.

Tidak banyak perkara menarik yang dapat aku lakukan pada hari ini memandangkan kocek tengah kering,bagi ku itu perkara biasa bila berada di tengah-tengah bulan. Aku banyak menghabiskan masa dirumah sahaja diakhir-akhir ini,Sebenarnya aku tidak tahu hendak bercakap mengenai apa, aku rasa hari ini graf perjalanan mendatar sahaja dari pagi hingga ke petang.Selain berFacebook aku menonton TV.

Malam, aku kuar untuk berjumpa rakan untuk pekena secawan kopi di kedai berhampiran rumahku, sesekali bertemu rakan pelbagai isu yang dibangkitkan seperti politik, kenangan, cerita rakan lama dan pelbagai isu yang lalu di depan mata.Tetapi gangguan dimana-mana pun ada.Baru nak teguk air, aku tengak phone, ada 5 miscall dan 4 sms,almaklumlah phone aku cap ayam so takde bunyi, aku baca salah satu sms berbunyi "umah blackout,tolong balik segera", alamak sepoi betul la, baru je nak reALESE TENSION,bagai-bagai pulak..sambung esok

No comments:

Post a Comment