Tuesday, February 21, 2012

Ikan Perhiasan Aku

Ikan yang sempat menjadi populer di Indonesia beberapa tahun yang lalu,Ikan yang memiliki ornamen tulisan Han di perutnya ini merupakan ikan yang memliki nilai jual tinggi karena dianggap membawa keberuntungan.
bagi sebagian orang merupakan ikan pembawa tuah bagi siapa saja yang memelihara dan memilikinya diyakini akan mendatangkan keberuntugan. Anggapan sebagai Ikan tuah merupakan keyakinan yang tumbuh dan berkembang di kalangan masyarakat tertentu. Namun demikian secara hitung-hitungan bisnespun sebenarnya ikan Louhan adalah suatu komuniti bisnes yang teramat sangat mejanjikan. Maka dari itu perlu diketahui bagaimana membudidayakan ikan louhan secara baik dan benar.
Ikan Louhan yang dicirikan dengan benjolan di kepala, sering diistilahkan jenong atau nonong, warna warni di tubuhnya serta adanya huruf cina atau huruf arab di di bahagian tubuhnya. Disebut juga flower horn karana warna tubuhnya yang warna-warni bagai bunga, dan benjolan di kepala bagai sebuah tanduk.

Aku suka akan ikan ini maka,aku pun membelinya disebuah kedai di petaling jaya,harga yang aku beli waktu itu sebanyak Rm 40.00 sebesar 3 jari tangan.Selama hampir 5 bulan, ikan ini semakin membesar dan makanannya pun semakin banyak yang perlu dibeli.Sehari aku membeli 15 ekor anak ikan dengan harga RM1 untuk diberi makan ikan perhiasan ku itu.Ikan tersebut terlalu jinak dan manja tetapi akan menjadi egresif apabila kelaparan.

Sunday, February 19, 2012

Hari ini

Aku dipagi cuti ini selalunya berada dirumah sahaja,melakukan hal-hal yang seperti biasa aku lakukan,kekadang aku membantu isteri memasak,melihat-lihat buka kerja anak-anak,dan hari ini juga aku perlu menghantar anak kedua aku pergi menjalani latihan teakwando di sekolahnya dari jam 1 tengahari hingga 2.30 petang. Anakku amat teruja untuk pergi ke kelas latihan teakwando.Dia amat gembira sekali, manakala abang nya berada dirumah bersama ibunya melakukan kerja sekolah yang diberi oleh guru kelasnya.

Tidak banyak perkara menarik yang dapat aku lakukan pada hari ini memandangkan kocek tengah kering,bagi ku itu perkara biasa bila berada di tengah-tengah bulan. Aku banyak menghabiskan masa dirumah sahaja diakhir-akhir ini,Sebenarnya aku tidak tahu hendak bercakap mengenai apa, aku rasa hari ini graf perjalanan mendatar sahaja dari pagi hingga ke petang.Selain berFacebook aku menonton TV.

Malam, aku kuar untuk berjumpa rakan untuk pekena secawan kopi di kedai berhampiran rumahku, sesekali bertemu rakan pelbagai isu yang dibangkitkan seperti politik, kenangan, cerita rakan lama dan pelbagai isu yang lalu di depan mata.Tetapi gangguan dimana-mana pun ada.Baru nak teguk air, aku tengak phone, ada 5 miscall dan 4 sms,almaklumlah phone aku cap ayam so takde bunyi, aku baca salah satu sms berbunyi "umah blackout,tolong balik segera", alamak sepoi betul la, baru je nak reALESE TENSION,bagai-bagai pulak..sambung esok

eDISI BARU iNTERNET

Aktivis MCA Selangor Jessie Ooi yang kurang dikenali kini menjadi sensasi baru Internet apabila kemunculannya dalam debat antara pemimpin nombor satu MCA dan DAP semalam berjaya mencuri tumpuan.

kak tunda mca jessie ooi 2"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.

"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.

"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya.

kak tunda satirical pixHarian berbahasa Cina Kwang Wah Jit Poh menggambarkan muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah ketika menyoal Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang semalam.

Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu semalam kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun, kritikan padanya menjurus kepada mempersendakan dengan memberikan gelaran ‘Ms Tow Truck' (Kak Tunda).

BUKA LAMAN YG DISEKAT

Di sesetengah tempat, (contohnya di syarikat swasta atau kerajaan), selalunya pihak majikan menyekat laman laman tertentu untuk di lawati. Selalunya Facebook, youtube, tagged dan sebagainya.
Kalau sekatan itu satu atau dua saja tidak apalah, tapi kalau sekatan berdasarkan keyword, ini sangat mengganggu kita untuk mencari apa apa bahan di internet.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, bolehlah kita menggunakan UltraSurf. Kita cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.
Jika Kita ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666
UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb) Selamat MENCUBA!
Dapatkan UltraSurf di sini.

CARA BUAT PASSWORD KAT DOKUMEN

Jika kita mempunyai dokumen penting (pada Micorosoft Word misalnya), maka sudah tentunya kita tahu cara membuat password pada Microsoft Word, kerana salah satu cara memberi perlindungan terhadap sebuah dokumen adalah dengan memberi PIN atau password. Jangan sampai dokumen penting anda disalah-gunakan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Apatah lagi jika komputer kita ramai penggunanya , sudah semestinya dokumen kita tidak mahu di lihat oleh orang lain, jadi meletakkan password pada dokument itu sangat sangat di galakkan. Berikut adalah langkah langkah untuk membuat password pada Word:

- Buka dokumen kita yang akan diberi password, kemudian klik menu Tools lalu pilih Options
- Klik tab Security.
- Isikan password kita pada kotak yang pertama (kotak disamping tulisan Password to open). Jika sudah klik tombol OK
- Akan muncul kotak konformkan password. Tulis kembali password yang telah kita buat tadi, lalu klik tombol OK
- Simpan dokumen dengan mengklik menu File lalu pilih Save

Dengan demikian jika hendak membuka dokumen tersebut maka harus memasukkan password yang telah kita buat terlebih dahulu.

Cara Menterjemah Tulisan Rumi Kepada Jawi

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Kini terdapat laman web yang boleh membantu pengguna yang tidak arif menulis jawi, menghasilkan tulisan jawi dengan menaip tulisan rumi.
Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah http://www.ejawi.net/converter.php?go=rumi
Pengunjung hanya perlu menaip ayat didalam tulisan rumi di bahagaian yang disediakan, tekan diatas butang terjemah, dan hasil terjemahan ayat didalam tulisan jawi akan dapat dilihat dibahagian bawah.
Langkah yang seterusnya adalah untuk menyalin tulisan jawi yang telah dihasilkan dan diletakan didalam perisian lain seperti email atau Word Processor.

Jangan Guna Handphone Ketika Mengisi Minyak

Mari kita tengok ekspiremen sains kat bawah ni, untuk buktikan betapa bahayanya isi minyak sambil berbual atau sms pakai Handphone..

sebelum tu, kita sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebiji…cari yang leper tu…
2. 3 helai kad, kad manila pun boleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupun sim card…
3. 1 roll kertas foil…kertas timah tu laa….yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa…
4. Handphone sebiji…dan pastikan juga ada kredit…
5. Minyak petrol sikit....

Lepas tu…..

susun kad tadi lebih kurang begini….

letak pula kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol sedikit…

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak…..

Sebarkan kepada semua orang yang anda sayangi…
Bersama-sama kita saling ingat- mengingati.

CARA BAIKU CPU

Pernahkah anda menghidupkan komputer selepas Hujan, kilat dan petir, tetapi tiada apa-apa yang berlaku? Seolah-olah terputus sambungan elektrik, tapi lampu rumah menyala pula, serta peralatan elektrik yang lain berfungsi dengan baik… mungkinkah komputer anda sudah menjadi mangsa kilat? Dan apa yang anda harus buat?

Jawaban di tangan anda, sekiranya komputer tersebut masih baru atau masih dalam jaminan, hantarkan saja ke penjual komputer tersebut. Tapi jika anda ingin cuba nak membaiki sendiri, anda ikutilah langkah-langkah di bawah.

-Mula-mula hidu samada ada bau hangus atau tidak, selalunya kita kena hidu di bahagian belakang CPU atau Monitor Sekiranya ada bau di bahagian tersebut, Contohnya di bahagian CPU, buka penutup CPU dan terus saja cari puncanya. Selalunya kerosakan sebegini senang di cari kerana sudah pastinya ada komponen yang terbakar, dan kesannya pula senang kelihatan.

-Tempat yang perlu di periksa ialah di bahagian Motherboad, cari jika ada Cip yang hangus atau Fius yang terbakar. Sekiranya Fius yang terbakar, tukarkan saja Fius tersebut dan Insyallah komputer anda akan hidup semula.

-kalau tiada bau atau kesan terbakar, hidupkan komputer anda. Pastikan kipas pada power supply berpusing. Kalau tidak berpusing, maknanya Power supplylaa yang sudah rosak. Keluarkan Power supply tersebut dan tukar. Selalunya alat ini akan rosak dahulu sekiranya berlaku lebihan arus elektrik.Power Supply

-Setelah di pastikan kerosakan pada CPU, Anda bolehlah membaiki sendiri CPU anda. Tapi sekiranya Monitor yang Rosak, abaikan kerosakan tersebut sekiranya anda kurang mahir, sebaliknya hantarlah ke Mekanik yang mahir atau beli saja monitor yang lain, kerana MONITOR MENGANDUNGI BERJUTA-JUTA CAS ELEKTRIK WALAUPUN TIDAK DI SAMBUNG KE PUNCA ELEKTRIK. Jika silap langkah anda mungkin mati terkena kejutan elektrik

CARA BAIKI MONITOR (RGB)

Monitor merupakan salah satu daripada komponen Komputer. Tanpa Monitor kita tidak dapat melihat paparan hasil kerja kita. Walaupun monitor jarang rosak, tapi apabila rosak, semua kerja kita pasti terbengkalai. Oleh itu penting bagi kita untuk mengetahui asas membaiki monitor. Dalam artikel ini saya akan menunjukkan cara cara membaiki monitor yang rosak di bahagian warna atau RGB.

Pertama sekali bukalah casing monitor tersebut. Setelah di buka, kita cari pula rangkaian PCB yang terletak dibahagian belakang tabung atau dalam bahasa elektronik disebut Matriks.

Cara baiki yang pertama, Kalau warna paparan pada monitor terkadang normal atau terkadang berubah menjadi warna dominan, biasanya masalah tersebut di sebabkan oleh adanya solderan yang kendor atau retak, jadi cara memperbaikinya adalah solder semula semua pin kaki-kaki komponen tersebut terutama Transistornya.

Cara yang ke 2 ialah, jika warna paparan monitor Merah, Biru, dan Hijau semua muncul tetapi bercampur baur dan susah untuk dipisahkan, cuba cek jalur Degausing iaitu jalur yang membahagikan warna agar sesuai dengan warna asalnya, Jalur ini berbentuk 2 buah kabel yang terhubung melingkari tabung, cuba solderkan balik kawasan soket degausing tersebut.

Cara yang ke 3 ialah , kalau semua cara yang ditunjukkan tadi tidak berhasil, cuba anda cek kabel VGA mungkin salah satu kabel RGBnya sudah putus atau sebagainya, kalau terputus atau tidak bersambung dengan betul, solderkan dia, atau kalau perlu gantikan sahaja dengan yang baru. Selamat mencuba semuga berhasil.

KEGUNAAN LAIN TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.