Sudah hampir seminggu aku di pejabat di hujani dengan suara para penyelaras/ahlijawatankuasa penyelaras hari kemerdekaan bertempik kepada para pelajar sekolah yang menyertai acara hari sambutan hari kemerdekaan. Mereka bertungkus lumus pagi petang siang malam membuata raptai dalam menjayakan sambutan tersebut. Rata-rata aku tengok banyak para pelajar melayu kebanyakannya yang mengambil bahagian dalam acara-acara sambutan hari kemerdekaan. Mereka berpanas dari pagi sampai tengahari mengulang-ulang buat pelbagai formasi bagi mencantikkan sambutan tersebut.
Kekadang aku terlihat hanya beberapa kerat para pelajar Cina dan India,selebihnya Melayu jer,mana perginya semangat 1 Malaysia .Kenapa tidak ramai penyertaan dari kaum Cina, India dan lain-lain.Tak kan orang melayu jer sambut hari kemerdekaan dan memeriahkan suasana sambutan hari kemerdekaan. Kekadang aku tengok orang melayu jer yang bersungguh-sungguh dalam semua acara-acara sambutan rasmi negara. Orang melayu lebih patriotik berbanding kaum lain di Malaysia ini.Apa pendapat anda semua dengan pendapat saya ini.?..
No comments:
Post a Comment