Monday, September 12, 2011

Cerita Semalam

Semalam tiada apa yang begitu menarik,sempena bulan syawal ini ,aku hanya memenuhi jemputan daripada rakan taulan untuk kerumah mereka yang mengadakan rumah terbuka bak kata orang putih "open hause".Sebelum mengunjungi rumah terbuka aku pergi membeli belah di JJ Setiawangsa pada pukul 10.30pagi, ramai juga yang datang awal-awal ke pasaraya tersebut mybe untuk membeli barang-barang bagi persiapan jamuan semasa rumah terbuka hari ini.

Dibenak ku mula terfikir, ramai juga orang yang malas bangun awal untuk pergi ke pasar ikan or orang lebih senang untuk membeli di pasaraya. Adakah tren sekarang, orang lebih suka membeli di pasaraya tidak di pasar basah or pasar borang. Hidup ini banyak kerenahnya,,pelbagai kehendak timbul dengan pelbagai acuan, yang kaya dengan cara hidupnya, yang sederhana dengan caranya dan yang miskin dengan haluannya. Apa pun hidup perlu diteruskan.

Syawal yang mulia ini, ramai berlumba-lumba orang mengadakan "Open Hause" bagi meraikan saudara mara,sahabat handai. Murahnya rezeki,makmurnya Malaysia,aman damainya Malaysia, bahagianya hidup di Malaysia. Namun masih ada yang tidak bersyukur.

No comments:

Post a Comment