Singapura kini dalam keadaan tertekan untuk melonggarkan kekangan politik selepas rakan terdekatnya mengumumkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melonggarkan undang-undang lain.
Usaha Tangga Kejayaan,Tiada Siapa Yang Dapat Merubah Diri Anda Kecuali Anda Sendiri...............
Monday, September 19, 2011
Singapura tertekan untuk mansuhkan ISA
Singapura tertekan untuk mansuhkan ISA
Singapura kini dalam keadaan tertekan untuk melonggarkan kekangan politik selepas rakan terdekatnya mengumumkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melonggarkan undang-undang lain.
Pak Samad: Pemansuhan ISA 'kemenangan ghaib'
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menganggap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu "kemenangan ghaib".
Tuesday, September 13, 2011
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: Panaasss Eidul Fitr 2011..!! Anak Anak Azmin Ali
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: Panaasss Eidul Fitr 2011..!! Anak Anak Azmin Ali: Kesian sungguh kisah yang disampaikan oleh anak anak Mak Tom, ibu kepada Azmin Ali...! Pada pagi Syawal yang mulia, begitu girang sek...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS : Pengundi Jerantut tolak Tuan Ibrahim?? Bac...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS : Pengundi Jerantut tolak Tuan Ibrahim?? Bac...: PPJ terpangil untuk menulis sesuatu pekara yang ingin memperbetulkan apa yang ditulis oleh blog WZWH berkenaan Sejarah KG Batu Balai...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: GEMPAR: TERUK BETUL LA, ADA RANCANGAN MEMASAK BOGE...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: GEMPAR: TERUK BETUL LA, ADA RANCANGAN MEMASAK BOGE...: HONG KONG - Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, ...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: 18sx- Panas Gambar Yang Dirakam, Miss Robayo Catal...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: 18sx- Panas Gambar Yang Dirakam, Miss Robayo Catal...: Heboh media barat dengan kontroversi peserta Ratu Cantik Miss Colombia Catalina Robayo peserta pertandingan ratu cantik , yang...
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS!!: PUTRI TAK TAHAN NAFSU DITANGKAP KHALWAT....
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS!!: PUTRI TAK TAHAN NAFSU DITANGKAP KHALWAT....: Gambar Hiasan Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah telah didakwa di Mahka...

PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS!!:SIAPA WANITA,, TERLANJUR DENGAN BANGLA
PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS!!:SIAPA WANITA,, TERLANJUR DENGAN BANGLA: MELAKA: Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wan...
Monday, September 12, 2011
Saat Ku Pejam Mata
dikala aku menaip ini mata ku terpejam cuma rasa hati ku yang berkata kata,Seluruh cintaku hanya padamu,ingin aku mengulangi saat indah bersama mu dulu tapi bagaimana.dapat kah berulang lagi..mengapa jiwaku ini teringat lagi segala kenangan, apakah engkau juga sama walaupun engkau telah tiada disisi.Setelah engkau pergi tak kembali.
Dan aku terus menyanyikan lagu ini untukmu,biarpun engkau dan aku tidak sekata.Aku ini hanya untuk mu,aku pasrah akan kepergiaanmu.Tika saat ini mendung merundung tiba ku lalui jua bagi mengindahi kenangan lama,semasa kita bersama menyelami panorama cinta.
Pedih hati ku luluh semasa kau tiada, dengan pergi membawa sederet kuntuman cinta , luka hati ku pedih. aku perlu bait bait cinta dahulu bagi mengarang cinta baru.
Apakah ini satu suratan atau kebetulan,Subhanallah, aku terima dengan seadanya. Inilah saat ku tunggu dari isnin, selasa,rabu, khamis dan selamanya.

Raptai Kemerdekaan
Sudah hampir seminggu aku di pejabat di hujani dengan suara para penyelaras/ahlijawatankuasa penyelaras hari kemerdekaan bertempik kepada para pelajar sekolah yang menyertai acara hari sambutan hari kemerdekaan. Mereka bertungkus lumus pagi petang siang malam membuata raptai dalam menjayakan sambutan tersebut. Rata-rata aku tengok banyak para pelajar melayu kebanyakannya yang mengambil bahagian dalam acara-acara sambutan hari kemerdekaan. Mereka berpanas dari pagi sampai tengahari mengulang-ulang buat pelbagai formasi bagi mencantikkan sambutan tersebut.
Kekadang aku terlihat hanya beberapa kerat para pelajar Cina dan India,selebihnya Melayu jer,mana perginya semangat 1 Malaysia .Kenapa tidak ramai penyertaan dari kaum Cina, India dan lain-lain.Tak kan orang melayu jer sambut hari kemerdekaan dan memeriahkan suasana sambutan hari kemerdekaan. Kekadang aku tengok orang melayu jer yang bersungguh-sungguh dalam semua acara-acara sambutan rasmi negara. Orang melayu lebih patriotik berbanding kaum lain di Malaysia ini.Apa pendapat anda semua dengan pendapat saya ini.?..

Cerita Semalam
Semalam tiada apa yang begitu menarik,sempena bulan syawal ini ,aku hanya memenuhi jemputan daripada rakan taulan untuk kerumah mereka yang mengadakan rumah terbuka bak kata orang putih "open hause".Sebelum mengunjungi rumah terbuka aku pergi membeli belah di JJ Setiawangsa pada pukul 10.30pagi, ramai juga yang datang awal-awal ke pasaraya tersebut mybe untuk membeli barang-barang bagi persiapan jamuan semasa rumah terbuka hari ini.
Dibenak ku mula terfikir, ramai juga orang yang malas bangun awal untuk pergi ke pasar ikan or orang lebih senang untuk membeli di pasaraya. Adakah tren sekarang, orang lebih suka membeli di pasaraya tidak di pasar basah or pasar borang. Hidup ini banyak kerenahnya,,pelbagai kehendak timbul dengan pelbagai acuan, yang kaya dengan cara hidupnya, yang sederhana dengan caranya dan yang miskin dengan haluannya. Apa pun hidup perlu diteruskan.
Syawal yang mulia ini, ramai berlumba-lumba orang mengadakan "Open Hause" bagi meraikan saudara mara,sahabat handai. Murahnya rezeki,makmurnya Malaysia,aman damainya Malaysia, bahagianya hidup di Malaysia. Namun masih ada yang tidak bersyukur.

Profesor keliru, kemudian kelirukan orang
ULASAN Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak. British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.
Berlindung di sebalik SultanSebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku?
Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.
Jenayah Muhyiddin, Shahidan
UFMS (Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu) ini pada hakikatnya sama dengan FMS (Negeri-negeri Melayu Bersekutu).
Cuma oleh kerana mereka di luar kerangka rasmi itu maka nama penasihat British itu diberikan nama lain. Dan pengaruh serta tinggalan British di UFMS pun kurang.Sebab itu tulisan jawi, cuti hari Jumaat mereka kekalkan. Johor ada askar sendiri. Sebab itu juga mereka ada perkhidmatan tadbir sendiri.
Tidak seperti di Selangor, Perak atau Pulau Pinang yang pakai PTD dan sekarang dimanipulasi sepenuhnya oleh BN untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.
Jenayah yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Shahidan Kassim masa mereka jadi Menteri Besar ialah mereka hapuskan cuti Jumaat itu.
Ini untuk membodek Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau pinda perlembagaan untuk lembikkan Raja-Raja pada 1993!Jawatan Pesuruhjaya Tinggi (High Commissioner) itu diwujudkan selepas kedua-dua format itu dihapuskan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948.
Tiada lagi Bapa Kemerdekaan?
Kesilapan Zainal dan Khoo (kiri) alah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.
Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...

Friday, September 9, 2011
Susulan Rompakan Restoran Subur Seksyen 15 Shah Alam, Polis Tubuh Pasukan Khas
Polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden rompakan di sebuah restoran India Muslim di Seksyen 15, di sini pada 28 Ogos lalu yang turut disiarkan dalam beberapa laman web dengan entri bertajuk ‘Shah Alam bukan lagi tempat selamat’.Beberapa saksi kejadian juga sudah dipanggil bagi membantu siasatan dan polis masih berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata orang ramai diminta jangan panik selain tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian terbabit.“Polis akan berusaha mengesan kumpulan yang bertanggungjawab dan pihak kami tidak boleh dedahkan berapa ramai saksi yang dipanggil atau sama ada semua suspek sudah dikenal pasti atau tidak kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Rakaman CCTV dari pelbagai sudut itu memaparkan lima lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang menceroboh sebuah restoran dan melarikan mesin wang dan komputer riba milik pelanggan restoran berkenaan.Ketika kejadian, suspek turut dilihat mengacukan parang terhadap kira-kira 10 pelanggan, termasuk kanak-kanak yang berada dalam restoran itu sehingga menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.Ditanya mengenai dakwaan yang disiarkan di laman web itu yang mengatakan Shah Alam bukan lagi tempat selamat, Zahedi berkata, ia keterlaluan kerana indeks jenayah di bandar raya berkenaan masih terkawal.“Janganlah timbulkan suasana tidak elok dengan mengatakan Shah Alam tidak selamat oleh kerana satu kejadian saja.“Lagi pun yang kena rompak hanyalah sebuah restoran saja bukannya banyak restoran dan kejadian ini bukannya berlaku tiap-tiap hari,” katanya.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata. - Berita Harian
Pengguna Prabayar Telefon Mudah Alih Dikenakan Cukai 6% Mulai 15 Sep 2011
Pengguna talian mudah alih prabayar atau prepaid dah tak senang duduk apabila mendapat tahu caj cukai perkhidmatan 6% bakal berkuat kuasa 15 September ini. Ramai yang tidak berpuas hati.Jika harga tambah nilai (topup) bernilai RM10, maka selepas dikenakan 6% cukai akan menjadi RM10.60. Itu belum termasuk lagi caj yang dikenakan sendiri oleh sesetengah pemilik kedai.
KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. - Kosmo

Thursday, September 8, 2011
HISHAMUDIN HINA ORANG FELDA
Akak bukan orang Felda tapi sebagai perempuan, akak cukup sensitif bila ada orang duk kutuk makcik-makcik Felda. Isteri peneroka Feldani digambarkan oleh si Hishamudin Rais sebagai perempuan yang kerjanya tidak lain selain dari mengumpat, berborak dan bercerita sesama sendiri sementara menunggu suaminya balik dari kerja. Umpatan isteri peneroka Felda ni pulak adalah tentang DS Najib yang kena nasi kangkang dan DS Rosmah yang menggunakan khidmat bomoh dari India. Inilah sebenarnya tembelang manusia pembangkang yang kononya memperjuangkan Felda tetapi dalam masa yang sama mengutuk orang-orang Felda! Ini sebahagian dari apa yang ditulis oleh Hishamudin Rais:
Para pembaca yang budiman, sila lupakan cerita dari Lebai Desas anak Desus yang mengatakan bahawa Najib pernah beranak dan beristeri dengan orang puteh ketika dia belajar di UK dahulu. Ini bukan politik. Lupakan juga cerita tentang Rosmah berhasrat agar anaknya akan berkahwin dengan anak Sultan Berunai. Ini bukan politik. Lupakan juga kesah Rosmah menggunakan khidmat bomoh dari India. Ini bukan politik. Jangan terikut-ikut dengan kesah ‘ nasi kangkang Rosmah ’. Ini hanyalah labon-labon Mak Cik Felda sambil-sambil makan kuaci ketika menunggu laki pulang dari ladang.
_____________________________________________
Siapa Hishamudin Rais? Entah! Akak kenal dia sebagai pembikin filem yang gagal. Dulupun bila bercakap pasal filem memang dialah yang paling hebat, tapi bila buat filem, hampeh! Cer tanya apa jadi filem popular dia Dari Jemapoh ke Manchester? Ada tayang ke kat cinema kita? Layak ke filem tu ditayangkan? Bila dah tak boleh nak tayang kat cinema dia letak kat u-tube. Itupun akak tengok adalah seribu dua orang yang tonton.
Mamat perasan bagusni sebenarnya adalah orang gagal dalam hidup. Bekas tahanan ISA ni pernah lari dari ditangkap polis dan tinggal di luar negara macam si penakut RPK tu. Sekarang RPK dan Hishamudin Rais berganding bahu dalam Malaysia Today, menyebarkan cerita-cerita khayalan yang luar biasa dan kengkadang di luar jangkauan logik akal yang waras.
Dan hari ini si gagal yang tak mendapat tempat di hati masyarakat ni mula buat filem khayalan dan cerita baru. Pasal Malapetaka 31 Ogos. Pasal Malapetaka yang dibawa oleh DS Najib dan Rosmah. Semuanya adalah andaian dan hanyalah dengar dari cakap-cakap orang. Tak ada bukti yang kukuh. Tapi orang macam si Hishamudin Raisni memang menjadi idola ramai budak-budak dungu yang berdarah panas, budak-budak dungu yang percaya bulat-bulat bila dihidangkan dengan cerita-cerita khayalan.
Sudah-sudahlah Hishamudin Rais. Cerita hang tu dah lapuk dan dah tak laku. Buatlah cerita lain yang lebih logik sikit. Tukarlah tiub kat otaktu, dah bocor banyak sangat. Tu sebab khabar angin jer yang banyak masuk.

MILO SUAM TUKAR NAMA KEPADA MILO BASI SEMPENA MERDEKA!!
Akak memang tak suka minum milo, kalau minum rasa tekak akak kembang dan nak muntah. Ingatkan akak setakat nak muntah minum milo jer, tak tahu pulak bila baca blog milo suam akak pun rasa nak termuntah!Si milo suam, adik adik yang tak cukup umur ni, cuba nak kaitkan Berita Harian dengan Mat Indera. Kononnya Berita Harian dalam satu rencananya turut mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Jadi si milo suam kata, kalau abang Mat Sabu disiasat di bawah seksyen 505 (B) kanun keseksaan kerana menganggap Mat Indera sebagai hero, Berita Harianpun patut kena siasat jugak. Akak pun bacalah rencana Berita Harian tu. Puas akak baca, akak teliti, tak nampakpun yang Berita Harian perlu disiasat sebab tak ada satu frasa pun yang mengatakan Berita Harian menganggap Mat Indera sebagai pejuang. Buta hati ke apa si Milo Basi ni?Tajuk berita yang digunakan pun : Kopi Kecubung Tewaskan Kekebalan Mat Indera. BH cuma nak cerita pasal bagaimana kopi yang dicampur kecubung boleh buat seorang yang kononnya hebat dan kebal jadi mabuk dan mengantuk. Kopi kecubunglah yang membuatkan Mat Indera ditangkap. Mengenai Mat Indera yang dianggap pejuang kemerdekaan, BH cuma menceritakan bagaimana sebahagian daripada masyarakat jawa ponorogo yang menganggap Mat Indera ni sebagai hero. Itupun melalui temuramah dengan Mohd Abidin Ismail, salah seorang anak kepada orang yang menangkap Mat Indera. Tang mana yang si Milo Basi ni duk tuduh BH sama fahaman macam Mat Sabu pun, akak tak faham.Takkan satu rencana yang tulis pasal biodata seorang pembunuh bersiri yang ditangkap membuatkan kita merasa si penulis rencana dan akhbar yang menyiarkannya menyokong si pembunuh. Gila ke apa?Si Milo Basi ni cuba nak kenakan BH pulak kerana bengang hero kesayangannya si Mat Sabu sudah kantoi. Tapi si Milo Basi ni tak pulak menyatakan pendapatnya tentang Mat Indera. Pejuang ke pengganas si Mat Indera tu dik non?Dah la. Mengantuk dah akak. Penat tengok manusia yang fikirannya masih tidak merdeka ni. Selamat hari merdeka. Pada Milo Suam, pi lah tukar nama jadi Milo Basi sebab nama tu lebih sesuai lagi dengan hang, dik non. Selamat malam! Esok pagi nak pekena teh tarik. Tapi kalau jumpa Milo Suam, akak nak campurkan kecubung kat dalam milo tu. Biar si Milo Suam minum, mabuk dan mengantuk. Bolehlah akak basuk otak dia yang semakin membusuk tu
PANAS!!! Wan Azizah akan bertanding di Kepala Batas
Memang panas berita ni beb.. Panas bukan sebab ada ibupejabat DAP terbakar.., tapi panas sebab Wan Azizah akan bertanding di Parlimen Kepala Batas pada PRU13 akan datang..Gua dapat info ni dari sumber dalaman PKR di Kepala Batas sendiri.. Dorang kata, PAS tak mampu memang di Parlimen tu jadi biarlah PKR pula rampas kawasan tu dari UMNO/BN.Memang hebatlah family Anwar Ibrahim ni kann.., semuanya dia nak sapu keliling.. Lepas anak perempuan dia Nurul Nuha dicalonkan untuk bertanding di Nibong Tebal, bini dia pulak akan bertanding di Kepala Batas..Jadi apa kata puak-puak PAS? Berani ke dorang melawan cakap Anwar kalau DIPERINTAHKAN untuk serahkan kerusi disitu kepada PKR?Gua yakin, PAS mana berani nak angkat muka bila Anwar bersuara.. Hadi Awang pun tak berani kat Anwar ni beb sebab Anwar sudah pegang telor Mursyidul Am dorang iaitu Nik Aziz..Lepas ni.., puak-puak pencacai PAS di Kepala Batas cuma tolong pasang poster dengan tolong kempen untuk PKR je lah yee.. Dan unit amal PAS jangan lupa tolong jaga parking dan kutip sampah masa ceramah kempen Wan Azizah di Kepala Batas.. Itu je lah yang puak-puak PAS tu layak punnn.. Hahahaha..So memang betullah PKR ni dah jadi parti anak beranak.. Anwar di Permatang Pauh, Nurul Izzah di Lembah Pantai, Nuha di Nibong Tebal dan Wan Azizah di Kepala Batas..Err.., tapi Anwar belum tentu lagi bertanding di Permatang Pauh.. Silap-silap, dia bertanding untuk kerusi Parlimen Penjara Sungai Buloh..

Arak tanpa cukai: Anggota kastam dituduh rasuah
Seorang Pembantu Penguasa Kastam, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua pertuduhan membabitkan rasuah tahun lalu.Lee Kuang Guan, 52, yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Jeti Kuah, Langkawi dituduh meminta suapan RM440 daripada A Sinappayen sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Sinappayen kerana membawa keluar arak tanpa dikenakan bayaran cukai, melalui panggilan telefon pada pukul 10.10 pagi, 26 Mac 2010.Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.Bagi pertuduhan kedua, Lee dituduh menerima suapan sebanyak RM440 daripada Sinappayen untuk tujuan sama pada hari sama pukul 2.30 petang di tandas lelaki balai berlepas Jeti Kuah, Langkawi.Untuk pertuduhan kedua itu juga, Lee dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (a) akta sama, dan jika sabit kesalahan boleh juga dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.Timbalan Pendakwa raya SPRM, A. Hafiizh Abu Bakar menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh sebelum hakim Mohd Rosli Osman menetapkan dia dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.Mohd Rosli menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh untuk serahan dokumen.
PM umum pelaburan baru RM1.4 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lapan projek pelaburan baru bernilai RM1.4 bilion dalam pelbagai sektor seperti pertanian, pendidikan, aeroangkasa, borong, runcit dan pembuatan.Beliau berkata Kuala Lumpur Kepong Bhd akan melabur RM706 juta dalam usaha untuk membangunkan sektor hiliran dalam industri minyak sawit.Dalam satu inisiatif untuk membangunkan dan meletakkan Malaysia sebagai hab untuk perkhidmatan kejuruteraan nilai tinggi, Stand Aerospace Malaysia Sdn Bhd, akan melabur RM177 juta.Dalam penjagaan kesihatan pula, Vasseti Datatech Bhd akan melabur RM400 juta bagi memasang 1,410 set televisyen 42" di 168 lokasi di seluruh negara, termasuk hospital, klinik 1Malaysia dan Kementerian Kesihatan.Bagi pertanian pula, Najib berkata Hannan Corporation Sdn Bhd akan melabur RM72.6 juta bagi dua kompleks akuakultur yang boleh menghasilkan 14,000 tan udang putih setahun.Bagi produk herba nilai tinggi, Nova Laboratories Sdn Bhd akan melabur RM16.29 juta dalam penyelidikan dan pembangunan serta ujian praklinikal dan klinikal bagi membangunkan tiga produk herba nilai tinggi dan pengkomersialannya.Sementara itu, Doorstep Retail Sdn Bhd akan melabur RM35 juta menjelang 2020 bagi menyediakan platform memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi kemudahan dan sokongan teknikal.Sebagai usaha melengkapkannya, Koperasi Jiwa Malaysia Bhd akan menerajui inisiatif bagi menyediakan platform beli belah maya untuk PKS untuk memasuki dalam usaha talian, dengan pelaburan sebanyak RM15 juta.Pelaburan kelapan akan menyaksikan DSEM Holdings Sdn Bhd berkembang daripada pembuatan kontrak kepada syarikat yang menghasil, mengedar dan pasaran jenamanya sendiri bagi produk LED.Bagi sumber manusia, Perdana Menteri berkata MyProCert, di bawah MSC Malaysia, merupakan program meningkatkan kemahiran warga Malaysia ke arah standard pensijilan antarabangsa, berserta Program Peningkatan Bakat Negara (NTEP).Beliau berkata NTEP terbuka kepada graduan kejuruteraan dengan pengalaman bekerja antara satu atau dua tahun dan mereka yang berhasrat menambah atau memperbaharui kemahiran untuk memasuki sektor elektrikal dan elektronik serta teknologi hijau.Lima agensi dan syarikat akan menerajui inisiatif ini iaitu Akademi Teknologi Hijau Sdn Bhd, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC).Sementara itu, TERAS yang menyasar untuk meningkatkan PKS Bumiputera, sehingga kini telah mengenal pasti 100 PKS Bumiputera dan 1,000 syarikat kecil/mikro sebagai permulaan.Najib berkata penyertaan PKS Bumiputera menggalakkan dan menyeru lebih banyak lagi menyertainya di masa depan.
MAIS larang Khalid Samad mengajar agama di S'gor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama, demikian menurut satu kenyataan MAIS hari ini.
Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011."Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," katanya.
Oleh itu, MAIS mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.JAIS pada 6 September lalu dilaporkan memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.Beliau dipanggil ke pejabat Jais pada hari itu dan dinyatakan pendakwaan. Perbicaraan ditetapkan 24 November ini di Mahkamah Syariah Klang.Khalid kaitkan dengan BNKhalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya berhubung alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah"."Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan JAIS itu dipengaruhi sikap MAIS dan campurtangan Umno dan BN.Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Khalid juga menunjukkan gambar "bukti" yang didakwa menunjukkan Mohd Adzib menyokong BN.Antara yang didedahkan gambar Mohd Adzib bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan dalam majlis dalam perkarangan masjid ketika pilihan raya parlimen itu.Dalam gambar tersebut, Kamalanathan memakai baju yang mempunyai logo BN."Saya minta dia (Mohd Adzib) jawab," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

PKR: Pertemuan Najib-hakim 'berbahaya dan tak wajar'
Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi menafikan bahawa pertemuan perdana menteri dengan para hakim semalam bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi PKR bukan sahaja berasa syak tetapi juga menyifatkannya sebagai "berbahaya dan tidak wajar."
Naib presiden PKR, N Surendran (kanan) menegaskan demikian
sebagai mengulas lawatan rasmi pertama Najib ke Istana Kehakiman semalam, yang dilihatnya sebagai melintasi batas kewajaran antara badan kehakiman dan pentadbiran BN.
Katanya, ianya juga dilihat tidak elok kepada keyakinan awam terhadap badan kehakiman apabila para hakim kanan dilihat menunggu Najib, yang telah dikaitkan dengan beberapa kes kontroversi, termasuk kes ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya, apa keyakinan yang ada bagi Datuk Seri Anwar mendapat perbicaraan yang adil dalam kes liwat terhadapnya apabila mereka dilihat selesa bersama Najib, "yang merupakan musuh politik Anwar dan mahu menjatuhkannya".
Surendran menyifatkannya sebagai jaminan "kosong" Najib bahawa beliau mengambil sikap berhati-hati supaya pertemuannya dengan anggota badan kehakiman semalam tidak menimbulkan sebarang pandangan atau persepsi negatif mengenai hubungan antara badan kehakiman dan badan eksekutif.
Dalam ucapannya sempena lawatan kerja pertamanya ke Istana Kehakiman di Putrajaya, perdana menteri berkata, beliau hanya bersedia untuk bertemu dengan para hakim selepas dijemput oleh ketua hakim negara.
Najib juga berkata ini bukanlah kali pertama pertemuan seumpama itu diadakan antara perdana menteri dan para hakim, sambil menambah bahawa ia pernah diadakan pada masa lalu.
Kata Surendran, jika kerajaan benar-benar menghormati Kebebasan badan kehakiman, maka satu "mekanisme pelantikan kehakiman yang telus dan bebas" harus diwujudkan dan tindakan diambil, termasuk terhadap tokoh-tokoh utama dalam kerajaan BN - sekarang dan sebelumnya.
"Bekas PM Tun Dr Mahathir juga perlu dibawa kemuka pengadilan kerana mengganggu badan kehakiman pada 1988, dan tindakan mesti diambil terhadap pesalah yang didedahkan dalam skandal pita Lingam," tambahnya.
"Kami menggesa perdana menteri dan kerajaan supaya bukan hanya bercakap kosong, dan membuktikan komitmen mereka kepada badan kehakiman yang bebas dan saksama melalui tindakan yang konkrit," katanya.