Tuesday, August 18, 2009

Binalah Bisnes Anda Sendiri

Jika anda sentiasa mengambil kisah atau ‘alert’ dengan perkara-perkara di Internet terutama yang berkaitan dengan “buat duit” atau “cari duit”, saya amat pasti anda tahu program-program buat duit yang bersepah-sepah di Internet. Kebanyakannya hanya SCAM dan panas di permulaan sahaja.
Lihatlah program perigi buta dot com (bukan nama sebenar) yang sebelum ini amat panas dan kecoh, tapi kini sudah pun terjunam jatuh ke dalam perigi buta. Dan yang terkini, sedang heboh satu program buat duit yang menyalahgunakan Ebook-Ebook tempatan yang menyalahi Akta Hakcipta.
Saya tidak mahu komen dan bercakap banyak mengenai penyalahgunaan tersebut mahupun memberikan ulasan terhadap kejahilan mereka yang terlibat. Sudah banyak perbincangan lepas mengenai sikap, perangai, skim cepat kaya dan sebagainya. Jadi, terserahlah kepada diri sendiri untuk menentukan apa yang perlu dilakukan untuk hidup yang sementara ini.
Bina Bisnes Anda Sendiri
Jika anda sibuk dengan program buat duit yang entah apa hujung pangkalnya yang hanya mengayakan pihak penganjur program sahaja, atau bersubahat berkongsi-kongsi dosa, adalah lebih baik berusaha membina bisnes sendiri.
Masalah tidak tahu, tidak pandai, tak ada modal, itu semua boleh diatasi. Jangan terlalu menyelubungi diri anda dengan alasan yang dicipta sendiri tanpa ada usaha untuk menyelesaikannya. Orang-orang yang berjaya juga bermula dengan tidak tahu, tapi kerana mereka ada usaha dan kesungguhan yang kuat, akhirnya mereka berjaya. Ingat, tiada istilah jalan pintas!
Jangan sesekali melihat orang yang berjaya dengan penuh sinis atau dengan perasaan dengki kerana mereka berhak merasa kejayaan yang mereka nikmati itu. Mereka telah banyak melalui pahit manis dalam usaha mereka, mereka kuat berusaha dan ada keazaman yang tinggi, maka mereka berhak merasai kesenangan. Sudah menjadi ‘hukum alam’, siapa yang berusaha tanpa putus asa, kejayaan pasti akan jadi miliknya, insyaAllah.
Binalah bisnes anda sendiri, Online ataupun Offline. Dengan memiliki perniagaan anda sendiri, maka anda tidak perlu lagi memandang program buat duit yang picisan (tiada nilai) itu walaupun dengan sebelah mata. Malah, anda dengan mudah mendapat ribuan ringgit sebulan tanpa perlu merosakkan, menipu atau memperbodohkan orang lain..

No comments:

Post a Comment